Kepadamu Ya Allah.
Ya Allah,
Setiap malam tanpa henti aku berdoa untuk kau pertunjukkan ke jalan yg benar. Setiap malam tanpa henti aku berdoa semoga semua nya akan menjadi lebih baik dgn bimbingan mu. Tapi skrg jawapan yg menjadi tanda tanya kepada soalan yg terbelengu di fikiran ku, telah pon kau perlihatkan. Dan di situ, semua nya sudah terjawap.
Terima kasih kerana senantiasa mendgr rintihan hambamu dan telah tunjukkan kebenaran nya. Walaupon kenyataan nya amat perit untuk aku perlihatkan tapi aku bersyukur kerana engkau telah memakbulkan doa ku, seorang hambamu..insan yg hina.
Aku bukan siapa-siapa untuk menghukum, malah aku bukan siapa-siapa untuk menilai. Tapi aku tidak boleh menafikan yg kejadian ini membuat aku hampa dan rebah disaat aku memerlukan seorang sebagai contoh tauladan untuk aku mengatasi yg alam perkahwinan tidak seteruk yg disangka kan. Mungkin, aku terlalu berharap dan tidak sedar yg kita semua hanya manusia..insan biasa.
Ya allah,
Jikalau ini yg terbaik buat semua, kau berikan lah kami petunjuk. Kau berikanlah kami kekuatan semoga kami boleh mengharungi dugaan yg kau berikan ini. Dan semoga setiap perjalanan yg kami pilih ialah yg terbaik buat semua.
Ya allah,
Titisan airmata ku kehabisan kerana disaat ini..semenjak kecil aku sentiasa perlihat yg wang ringgit, harta kekayaan, polygami adalah sesuatu yg berkaitan dalam setiap keadaan.
Ya allah,
Kau berikan lah kami semua kekuatan untuk menyelesai kan segala masalah dgn jalan yg terbaik.
Amin ya rabbal'alamin.
Dari hambamu yg daif dan hina.
